Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 10 02 at 16.27.38 1WhatsApp Image 2020 10 02 at 16.27.38WhatsApp Image 2020 10 02 at 16.27.39 1WhatsApp Image 2020 10 02 at 16.27.39 2WhatsApp Image 2020 10 02 at 16.27.39

SENDAYAN, 1 Okt 20 - Inspektorat Jeneral Tentera Udara (IJTU) telah mengadakan audit tahunan ke atas Pangkalan Udara Sendayan bermula 28 Sep 20 hingga 1 Okt 20. Pemeriksaan tersebut telah dihadiri oleh Inspektorat Jeneral Tentera Udara (IJTU) Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.

Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan setiap unit sentiasa berada di tahap yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM agar kekurangan dan kelemahan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan. IJTU juga turut melawat blok penginapan penuntut dengan diiringi oleh Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM Pegawai Memerintah INSTAR serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Audit Audit telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 1 Okt 20 yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak Pangkalan Udara Sendayan berkenaan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.