Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC1860 Copy DSC1881 DSC2007 DSC2013 DSC2016 DSC2018

SENDAYAN, 24 Julai 20 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 7/20 dan Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 72/20.

Penuntut Akedemik Terbaik bagi Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 7/20 telah disandang oleh Kpl U Mohd Suhaimi bin Ismail. Manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 7/20 telah disandang oleh Kpl U Mohd Hapize bin Harun.

Penuntut Akedemik Terbaik Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 72/20 disandang oleh LU I (W) Che Wan Nor Azlilah bt Che Wan Radzi. Manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 72/20 disandang oleh LU I (W) Nur Ezzati bt Zainon.

 DSC2055

Dalam majlis yang sama, Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada F/Sjn Mohd Uzair bin Bistaman kerana rumah yang didiaminya telah dilanda banjir.

Turut hadir Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.