Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC9888 DSC9910 DSC0330 DSC0015 DSC0234 DSC0341 DSC0345 DSC0316 DSC0359 DSC0401 DSC0411

SENDAYAN, 25 Jun 2020. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I Siri 67/20, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas I Siri 6/20 dan Kursus Pancaragam Kelas 1 Siri 18/20 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM di INSTAR. Turut hadir Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM; Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM dan Pengarah Muzik dan Kesenian, Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM.

Dalam majlis tersebut menyaksikan Penuntut Akademik dan Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I Siri 67/20 telah disandang oleh Sjn U (W) Noor Zaiton binti Mohammad.

Bagi Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas I Siri 6/20, penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kpl U Mohd Shaiful Ezuan bin Khadzin dan penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh Sjn U Rozaimi bin Abd Rasid.

Manakala penuntut Akademik Terbaik Kursus Pancaragam Kelas 1 Siri 18/20 telah disandang oleh LU I Zariq Bakhtiar bin Zaidi Shamsul Bahri dan penuntut Keseluruhan Terbaik pula disandang oleh LU I Azree bin Abu Bakar.