Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC9418 DSC9448 DSC9477

SENDAYAN, 11 Jun 20 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM telah mengadakan lawatan ke Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.

Dalam rangka lawatan ini, AKS Tadbir telah menghadiri sesi taklimat mengenai perjalanan kursus dan seterusnya beliau membuat lawatan ke kawasan bangunan INSTAR.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, majlis tersebut telah diadakan mengikut SOP yang ditetapkan Kerajaan dengan membuat pemeriksaan suhu serta amalan kebersihan dan mengekalkan penjarakan sosial.