Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0024 resizeDSC 0025 resizeDSC 0091 resizeDSC 0106 resize

ALOR SETAR, 9 Jun 20 - AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato' Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM telah membuat lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara bagi memantau status penubuhan Bahagian Kejuruteraan Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT).

Ketibaan beliau ke Markas KTU telah disambut oleh Komanden KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Seterusnya AKS Kejuruteraan telah mempengerusikan mesyuarat pelan tindakan penubuhan Bahagian Kejuruteraan ILIT.

Dalam rangka lawatan kerja ini, AKS Kejuruteraan telah membuat lawatan ke fasiliti-fasiliti yang dikenalpasti dan dirancang dijadikan Bahagian Kejuruteraan ILIT. Selain itu, beliau juga telah diberi taklimat dengan status terkini pembangunan keupayaan senggaraan Organization Level Maintenance (OLM) dan Intermediate Level Maintenance (ILM) bagi pesawat PC-7 MK II oleh anggota Kejuruteraan TUDM di Kolej Tentera Udara.