Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0519

KINRARA, 15 Mei 20 – Instiut Latihan Pengurusan Materiel telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Tahun 1441H/2020M terdiri daripada pesera tadarus iaitu seorang anggota dari setiap bahagian yang diadakan di Surau Al-Hijriah INSMAT. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Ketua Khidmat Kejuruteraan INSMAT, Kapt Mohd Ikhbar bin Ibrahim TUDM.

Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta iaitu 30 orang staf INSMAT dan 20 orang wakil daripada Ahli BAKAT INSMAT yang telah dijalankan bermula pada 24 Apr 20 dan berakhir pada 13 Mei 20.

Pelaksanaan Program Tadarus Al-Quran ini adalah berlandaskan panduan dan tatacara semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan. Antara kaedah yang digunakan semasa perlaksanaan program ini termasuklah dengan menggunakan medium online conference seperti Whatsapp, Skype dan Facebook . Dengan itu, program tadarus ini dapat dijalankan dalam masa yang sama walaupun setiap peserta berada di tempat yang berlainan.