Kemaskini Terakhir: Ahad,31 Mei 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200521 WA0023

SENDAYAN, 21 Mei 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Lt Kol Harisson bin Harun TUDM yang akan menamatkan dari perkhidmatan tidak lama lagi.

Lt Kol Harisson bin Harun TUDM yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah menyerahkan jawatan tersebut pada 14 Mei 2020. Beliau akan mula bercuti dan seterusnya mengikuti latihan peralihan sebelum bersara pada bulan September 2020.

Seluruh warga TUDM khususnya di bawah naungan MPPLU mengucapkan selamat bersara dan terus maju jaya kepada Lt Kol Harisson bin Harun TUDM dalam apa jua lapangan yang diceburi selepas ini. Jasamu dikenang!