Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12356 

IPOH, 20 Mei 2020 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Pasca COVID-19 di Akademi Tentera Udara (ATU). Lawatan ini merupakan lawatan ulung beliau di ATU setelah mengambil alih tugas sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara pada 5 Mei 2020.

Ketibaan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah disambut oleh Komandan ATU, Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM bersama Pegawai-pegawai ATU. Sesi taklimat dan tayangan Video Korporat ATU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Akademi sebelum beliau dibawa melawat ke Sekolah-sekolah yang berada di ATU iaitu Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM), Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH) dan Cawang Kawad dan Istiadat (CK&I).

Beliau juga turut melihat sendiri langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan oleh ATU sebagai persediaan untuk meneruskan kursus yang telah ditangguhkan sebelum ini. Ini adalah termasuk persediaan terhadap kemudahan kursus seperti blok penginapan penuntut kursus, bilik kuliah serta dewan makan yang telah disusun mengikut saranan kaedah pembendungan COVID-19.