Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 001DSC 002DSC 003 

ALOR SETAR, 21 Mei 2020 - Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyempurnakan Bantuan Sumbangan Kebajikan TUDM dan Zakat ATM kepada anggota-anggota dan kakitangan awam KTU. Majlis yang diadakan di bilik Mesyuarat KTU turut dihadiri oleh semua Pegawai Eksekutif KTU.

Dalam majlis itu, seramai lima (5) orang anggota telah menerima sumbangan Aidilfitri dari Tabung Zakat ATM dan Tabung Kebajikan TUDM. Penerima sumbangan adalah terdiri daripada anggota atau mempunyai waris yang menghidap penyakit kronik. Manakala bagi sumbangan dari Tabung Zakat ATM Fasa 3 pula telah disampaikan kepada empat (4) orang anggota dan 3 orang kakitangan Tadbir Awam. Akhir sekali, empat (4) orang kakitangan awam yang bertugas sebagai tukang masak telah menerima sumbangan Aidilfitri dari Mess Pegawai KTU.

Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun di KTU bagi membantu meringankan beban anggota dan kakitangan awam. Semoga dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.