Kemaskini Terakhir: Ahad,31 Mei 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG20200520085042IMG20200520085134IMG20200520085156IMG20200520085243IMG20200520085313 1IMG20200520085409IMG20200520090646IMG20200520090814 

SENDAYAN, 20 Mei 2020 – Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 dan Sumbangan Kebajikan Anggota Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota yang menunjukkan pencapaian prestasi dan mutu kerja cemerlang dalam bidang masing-masing. Penerima-penerima anugerahmerupakan calon yang telah dipilih dan diluluskan oleh Lembaga Pemilihan APC TUDM berdasarkan prestasi pada tahun 2019 serta mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi.

Anggota yang terlibat untuk penerima anugerah tersebut bagi pegawai ialah Kapt Izuwan Hafis bin S.M Johan manakala bagi anggota lain-lain pangkat ialah F/Sjn Zulham Effandy bin Mat Isa, Sjn U Aidil Hakim bin Abdullah, Sjn U Muhamad Zamri bin Mohamad Zainon dan Kpl U Mohd Norazlan bin Husin. Bagi Sumbangan Kebajikan pula disampaikan kepada F/Sjn Mohd Firdaus bin Ani@Nasir di atas pemergian ayahanda beliau.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, majlis tersebut telah diadakan mengikut prosedur langkah pencegahan yang telah ditetapkan iaitu dengan membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan suhu badan setiap individu, amalan kebersihan diri dengan penggunaan "hand sanitizer" serta mengekalkan penjarakan sosial yang selamat.