Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0032 resizeDSC 0041 resizeDSC 0043 resizeDSC 0070 resize

ALOR SETAR, 12 Mei 20 – Kolej Tentera Udara telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2019 di Dewan Taming Sari, Kolej.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan calon yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan APC untuk menerima penghargaan di atas prestasi dan mutu kerja yang cemerlang di dalam bidang masing-masing pada tahun 2019.

Majlis yang disempurnakan oleh Komandan Kolej, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM ini menyaksikan seramai 10 orang pegawai dan 44 orang anggota LLP yang dicalon menerima anugerah ini.

Turut hadir Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Hishamuddin bin Abdul Rahman TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah serta Ketua-ketua Cawang Kolej Tentera Udara.

Komandan telah mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah menerima APC dan beliau berharap agar dapat mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja dengan lebih baik pada masa akan datang.