Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200329 WA0010IMG 20200329 135827IMG 20200329 135858

Anggota TUDM dari Kolej Tentera Udara (KTU) telah melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama IPD Kubang Pasu seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelaksanaan arahan ini adalah bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan dengan tidak keluar dari rumah tanpa sebarang urusan yang benar-benar perlu bagi usaha membendung wabak COVID-19. PKP ini dipergiatkan lagi selepas kerajaan terpaksa membuat keputusan melanjutkan tempoh sehingga 14 April 2020.

Bagi penugasan ini, anggota-anggota Skn 107 Provos telah diberikan taklimat sehari sebelum bertugas oleh Ketua Op PENAWAR KTU, Mej Jod bin Manasil TUDM, Ketua Skuadron 107 Provos. Pasukan petugas juga diberikan taklimat pelaksanaan di IPD Kubang Pasu sebelum bertugas bersama-sama anggota PDRM.

IMG 20200329 135917IMG 20200329 135951IMG 20200329 140028

Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan selama 24 jam sehari sehingga arahan PKP ditamatkan melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan yang dikenalpasti dan rondaan bersama bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul atau keluar dari rumah tanpa sebab yang betul-betul perlu.

Bagi mengelakkan risiko yang dihadapi oleh petugas-petugas, mereka telah dibekalkan dengan penutup muka, sarung tangan getah dan 'hand sanitizer' sebagai langkah pecegahan wabak COVID-19.

Semoga penglibatan ATM bersama PDRM mempergiatkan lagi PKP ini dapat mencegah penularan wabak berbahaya yang melanda seluruh dunia ketika ini dan mendapat kerjasama penuh dari orang ramai.