Kemaskini Terakhir: Rabu,1 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200318 WA0035IMG 20200318 WA0034 

ALOR SETAR, 18 Mac 2020 - Selaras dengan arahan Panglima Tentera Udara (PTU) supaya memastikan wabak COVID-19 ini dapat dikesan dengan lebih awal, Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah mengeluarkan arahan kepada seluruh warga KTU agar mempertingkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan sedia ada. Antara langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 adalah seperti berikut :

i) Memberi maklumat serta pendedahan awal kepada warga KTU dengan menganjurkan ceramah kesedaran dan pencegahan wabak COVID-19 yang dikelolakan oleh Pegawai Perubatan jemputan.

ii) Menyediakan kaunter saringan kesihatan di 817 RSAT untuk anggota dan kakitangan awam yang bekerja di KTU membuat pemeriksaan kesihatan.

iii) Menyediakan "face mask" serta peralatan pencegahan penularan wabak seperti "hand sanitizer" di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam pejabat di KTU.

iv) Membuat "screening test" atau imbasan suhu di balai pengawal 107 Provos kepada semua warga KTU termasuk orang awam yang keluar/masuk untuk berurusan di KTU.

v) Menasihati warga KTU yang mempunyai gejala berkaitan wabak ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan "face mask" dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika terdapat simptom-simptom seperti demam, selesema, batuk dan sesak nafas untuk segera melapor sakit di RSAT.

vi) Menangguhkan aktiviti-aktiviti pangkalan dan aktiviti sukan atau segala aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai.

Komandan juga telah menasihati seluruh warga KTU dan keluarga supaya mengehadkan pergerakan serta usaha ini akan diteruskan dalam membantu membanteras dan mengesan wabak COVID-19 ini dari merebak di kalangan anggota.