Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0026 resizeDSC 0022 resizeDSC 0033 resizeDSC 0045 resize 

ALOR SETAR, 11 Mac 2020 - Kolej Tentera Udara telah menganjurkan satu program ceramah berkenaan wabak jangkitan Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) bertempat di Dewan Taming Sari,KTU.

Antara tajuk ceramah adalah Kesedaran dan Pencegahan COVID-19 yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Sharul Rizan bin Ilias, Pegawai Epidemiologi dari Jabatan Kesihatan Kota Setar dan Pelan Tindakan Pencegahan COVID-19 yang disampaikan oleh Mej (DR) Haseena Syazwani binti Hassan, Pegawai Perubatan dari 817 RSAT KTU.

Tujuan ceramah ini adalah sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Panglima Tentera Udara (PTU) pada 09 Mac 2020. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat peningkatan ketara mereka yang dijangkiti COVID-19 ini. Justeru itu beberapa kawalan perlu ditingkatkan di peringkat TUDM bagi memastikan wabak ini dapat dikesan dengan lebih awal disamping mempertingkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan sedia ada.

Turut hadir pada sesi ceramah tersebut adalah Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah Kolej serta warga KTU dari semua peringkat Pegawai dan Lain-lain Pangkat.