Kemaskini Terakhir: Rabu,23 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

photo 2020 02 12 15 46 53photo 2020 02 12 15 46 55photo 2020 02 12 15 46 57 2photo 2020 02 12 15 46 59photo 2020 02 12 15 47 01photo 2020 02 12 15 47 04photo 2020 02 12 15 47 07photo 2020 02 12 15 47 09photo 2020 02 12 15 47 11

BUKIT IBAM, 11 Februari 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT), TUDM Bukit Ibam. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Thamilanty Al Periasamy TUDM, PS 1 Bantuan, Lt Kol Syed Jamaluddin bin Syed Mohamed TUDM dan beberapa orang pegawai serta Pegawai Waren Latih MPLLU.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM di Bilik Mesyuarat Markas SLTT. Fokus utama lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi melihat aspek latihan dan kurikulum yang dijalankan, permasalahan dan kekangan yang dihadapi serta pembangunan infra latihan yang sedang dinaiktaraf serta dibina baru.

Sempena lawatan sulung ke SLTT sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, beliau juga telah menyampaikan sedikit amanat dan nasihat kepada pegawai serta anggota SLTT .

Aturcara diteruskan lagi dengan lawatan ke beberapa tempat iaitu Dewan Makan Wisma Ahli Udara, Teratak Komando, Blok Penginapan Pelatih, Kampung Survival, dan Cabang Senjata SLTT.

Beliau turut mengambil kesempatan melawat ke Skuadron 322 dan diberi sedikit taklimat tentang pengoperasian serta keanggotaan yang bertugas di skuadron tersebut.