Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

86ec1efe b9fe 4c74 8537 ffcdf860f0f3712d346a 831b 4f20 b671 c3624ce6009b869ff860 87bb 4d39 bd02 dc1a8c111818664921b2 1ba2 4620 8ed3 ec686b09eff699785347 2e06 4546 8eef 1fd9a349c85e

ALOR SETAR, 6 Februari 2020 - Penilaian LPKT dan Amali bagi program Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Recognition Prior Experiential Learning (RPEL) telah dijalankan pada 4 hingga 7 Februari 2020.

Program ini adalah satu inisiatif hasil kerjasama antara pihak ATM, PERHEBAT dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Program ini telah memberi peluang kepada anggota ATM yang masih berkhidmat dan veteran ATM mendapatkan pengiktirafan bagi kepakaran dan kemahiran mereka sepanjang perkhidmatan di peringkat nasional.

Sesi penilaian pada kali ini melibatkan seramai 29 calon yang terdiri daripada 19 calon juruteknik TUDM dan 10 calon veteran TUDM yang kini sedang bekerja di syarikat penerbangan swasta dalam negara dan luar negara. Program pengiktirafan juruteknik pesawat yang dikendalikan oleh MTU-Kejuruteraan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anggota TUDM dan veteran TUDM di mana ianya mampu meningkatkan kebolehpasaran para juruteknik yang dilahirkan oleh TUDM. Sesi penilaian ini dikendalikan oleh tiga Pegawai Penilai JPK yang telah diiktiraf.

Dalam ucapan di majlis pembukaan penilaian ini, Ketua Pegawai Penilai JPK, Puan Hajah Rohaizah binti Mohamad Paain menekankan aspek faedah dan kelebihan yang bakal diterima oleh anggota sekiranya memberi komitmen terhadap proses peningkatan kendiri dengan kaedah-kaedah yang disediakan seperti RPEL ini.

Beliau juga menasihatkan agar program ini dapat diteruskan agar warga TUDM dan ATM dapat bersaing dengan orang awam setelah bersara nanti dengan berbekalkan kelayakan kemahiran yang telah diiktiraf oleh kerajaan.