Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1565669220662FB IMG 1565669232135FB IMG 1565669240913FB IMG 1565669247635FB IMG 1565669258486FB IMG 1565669276725

TANJUNG BUNGAH, 9 Ogos 19 - Pegawai Keselamatan Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP), Kapt Mohd Amin bin Mahadzir TUDM dan Sjn U Mohd Hamdan bin Awang dari Bahagian Fleet Kenderaan INSKEP telah mengadakan taklimat keselamatan kenderaan sempena cuti perayaan Aidiladha.

Di antara ringkasan taklimat keselamatan yang disampaikan adalah mengenai pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, rancang masa perjalanan, patuhi arahan dan tanda jalan raya, peka dengan keadaan pemanduan, selalu berhenti untuk berehat dan bersedia menghadapi kecemasan.

Turut hadir ditaklimat tersebut Pegawai Memerintah INSKEP Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM, Staf INSKEP dan penuntut kursus 'Basic Trainer Course' (BTC) Siri 265/19.