Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1565655350888FB IMG 1565655359225FB IMG 1565655362685FB IMG 1565655367941FB IMG 1565655378865FB IMG 1565655388113FB IMG 1565655398102FB IMG 1565655401320

TANJUNG BUNGAH, 7 Ogos 19 - Commander's Call Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah diadakan bagi membincangkan pelbagai topik dengan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada anggota INSKEP yang lahir pada bulan Ogos dan berbesar hati menyampaikan kad ucapan serta cenderahati kepada staf awam, En. Fazlie bin Ab Aziz yang baru menerima cahayamata dan sumbangan INSKEP kepada Kapt Mohd Firdaus bin Abd Aziz TUDM atas Almarhumah ibu mertua beliau yang telah meninggal dunia.

Turut diadakan juga Happy Hours INSKEP yang dianjurkan oleh Wisma Ahli Udara INSKEP. Antara permainan yang diadakan ialah gusti lengan, mumia, bowling, bola ping pong dan cabutan bertuah. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSKEP.

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Memerintah INSKEP atas nasihat dan teguran yang diberikan kepada warga INSKEPian. Semoga semua anggota dirahmati Allah S.W.T, dipanjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.