Kemaskini Terakhir: Selasa,25 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 05 17 at 11.19.39WhatsApp Image 2019 05 17 at 11.19.41 1WhatsApp Image 2019 05 17 at 11.19.41

INSMAT, 16 Mei 19 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) telah mengadakan Majlis Iftar dan Terawih Wisma Perwira bagi Tahun 2019 yang dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, Yang DiPertua Wisma Perwira, Mej Mohd Noor bin Hassan TUDM serta ahli-ahli Wisma.

Majlis ini adalah bersempena meraikan serta mengimarahkan kedatangan bulan Ramadhan yang disambut oleh seluruh umat Islam dan juga warga TUDM amnya.

Turut hadir, tetamu jemputan Ketua Polis,Balai Bandar Kinrara, ASP Mohd Ambia bin Nordin, Pegawai Kanan 1 Bomba Bandar Kinrara, Hj Norshaharin bin Ariffin serta En Lokman bin Mustafa yang mewakili Guru Besar SK Seksyen 1, Bandar Kinrara.