Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0260DSC 0312DSC 0394DSC 0425DSC 0428DSC 0433DSC 0476

 

INSMAT, 2 Mei 19 - Majlis Penutup Kursus Asas Materiel Siri 184/19 dan Kursus Asas Pemandu Siri 86/19 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM bertempat di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara.

Pelatih Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Materiel ialah LU II Zulkarnain bin Sabran TUDM manakala LU I Mohamad Asmin bin Shahlan bagi Kursus Asas Pemandu dan bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan dari Kursus Asas Materiel telah dinobatkan kepada LU II Muhammad Nur Amirul bin Mohd Zaharudin dan LU I Mohamad Shukkery bin Abdul Rahman dari Kursus Asas Pemandu.

Dalam ucapan, beliau mahukan penuntut supaya banyak berfikir dan melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pengamatan, pergaulan dan pengalaman selain sensitif dan peka dengan keperluan serta isu semasa yang berlaku di sekeliling. Perancangan yang dibuat juga perlu diatur dengan baik dan teliti supaya hasil yang akan diperolehi akhirnya nanti mampu membawa perubahan baik.