Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1554560662484FB IMG 1554560702927FB IMG 1554560717752FB IMG 1554560721728FB IMG 1554560734631FB IMG 1554560777460FB IMG 1554560872663

GURUN, 4 Apr 19 - Flait Provos Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah menganjurkan satu Latihan Menembak M4 Carbine INSKEP 2019 di Lapang Sasar Kem Hobart Gurun, Kedah.

Latihan menembak ini merupakan salah satu latihan ketenteraan bagi memastikan setiap anggota berpengetahuan dan mahir dalam mengendalikan senjata api. Selain itu, Pertandingan Menembak Jatuh Piring Kumpulan dan Menembak Tepat Duit Syiling telah diadakan pada akhir latihan.

Bagi latihan menembak Kapt Ahmad Zarulhafiz bin Ahmad Zakaria TUDM telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan, Naib Johan disandang oleh F/Sjn Mahendra Rao a/l Subramaniam dan tempat ketiga Sjn U Mohd Hareff bin Mohd Razali. Manakala Johan bagi Menembak Tepat Duit Syiling adalah Sjn U Mohd Asri dan Naib Johan Kpl U Shahrul Hashimi.

Turut hadir Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM, pegawai-pegawai kanan dan anggota LLP. Terima kasih dan syabas kepada pasukan bantuan 104 SKN Provos dan RSAT PU Butterworth serta semua warga INSKEP dalam menjayakan latihan menembak pada kali ini.