IPOH, 8 Feb 19 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd. Rahman TUDM telah menyempurnakan majlis Penutup Kursus Pembantu Sajian Peningkatan Kelas II Siri 3/18 di Akedemik Tentera Udara (ATU). Kursus ini telah dilaksanakan pada 15 Okt 18 hingga 8 Feb 19 dan dihadiri seramai 20 penuntut dari ketukangan Chef Tentera dari seluruh Pangkalan TUDM.
Anugerah Pelatih Terbaik keseluruhan telah disandang oleh Kpl U Mohammad Hiszam bin Bajuri dari PU Subang manakala Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh Kpl U Mohd Aidil Fikri bin Mohamed Fauzi dari PU Gong Kedak. Di dalam majlis penutup kursus ini juga para penuntut kursus telah mempersembahkan sajian yang telah dipelajari dalam modul kursus.