Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1548990888004FB IMG 1548990914787FB IMG 1548990934023 

 

TANJUNG BUNGAH, 29 Jan 19 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan INSKEP Pulau Pinang telah mengadakan perbarisan Ketua Jurulatih, Mej Siti Nadhirah binti Shamsudin TUDM bagi tahun 2019. Perbarisan terdiri daripada penuntut kursus ‘Senior Officer Cours’e Siri 91/19 dan ‘Basic Trainer Course’ Siri 262/19 serta staff Latih. Ketua perbarisan diketuai oleh Kapt Mohd Hisyam bin Abd Rahman TUDM daripada Penuntut SOC dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Mohd Azeli bin Mihat. Ketua Jurulatih menyampaikan ucapan supaya menetapkan MISI INSKEP supaya menjadi seorang pemimpin, penyelia dan tenaga kerja yang efektif, efisyen dan profesional.

Semua pelatih telah diingatkan agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan serta harus mengambil berat terhadap segala tugasan yang diberikan dan melaksanakannya dengan penuh integriti. Selain itu, Ketua Jurulatih menekankan kepada setiap pelatih dan staff INSKEP agar memastikan ‘Body Mass Index’ (BMI) berada pada tahap yang ideal supaya tidak menjejaskan perkhidmatan.