TANJUNG BUNGAH, 1 Feb 19 - Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan program latihan luar dan reakrasi bagi penuntut kursus 'Squadron Officer Course' (SOC) Siri 91/19 di Pantai Copthorne Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Turut hadir dalam program tersebut Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan staf INSKEP.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut dalam mengelolakan latihan air dan mengendalikan peralatan sukan air.