Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190201 WA0010 IMG 20190201 WA0011IMG 20190201 WA0012IMG 20190201 WA0014IMG 20190201 WA0015IMG 20190201 WA0016

ALOR SETAR. Mes Pegawai Kolej Tentera Udara (KTU) telah menganjurkan Majlis Happy Hour di Ante Room. Yang Dipertua, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM telah mengiringi Komandan Kolej, Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM ke majlis Happy Hour dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan Komandan, beliau berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang supaya semua ahli Mes Pegawai dapat bertemu dan bergaul dalam usaha mengeratkan hubungan sesama pegawai.

Dalam majlis sama, turut diadakan Sambutan Hari Lahir Komandan KTU bersama pegawai yang lahir pada bulan Januari dan Februari yang disertai dengan gimik tarian singa.

Pelbagai aktiviti yang menarik juga dijalankan sepanjang majlis berlangsung antaranya Candy Collect, Gusti Lengan dan Karaoke.