SUBANG, 30 Jan 19 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Sri Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengadakan pemeriksaan di Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan (INSTAR). Ketibaan beliau telah sambut oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan dari Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU). Sesi pemeriksaan tersebut dijalankan selama 3 hari bermula pada tarikh 28 sehingga 30 Jan 19 di Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan (INSTAR).