Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

MNR 1927MNR 1959MNR 1965

 

ALOR SETAR, 3 Jan 19 - Majlis Konvokesyen Kursus Juruteknik Avionik/Aeromech APP 35 & 36 Siri 11/17 telah diadakan di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU). Majlis ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mejar Jen Dato' Ir Razali bin Abd Ghani TUDM.

Seramai 65 pelatih terdiri daripada 46 pelatih Juruteknik Avionik, 19 pelatih Juruteknik Aeromech telah menamatkan kursus dengan jayanya. Bagi pelatih terbaik keseluruhan Kursus Juruteknik Avionik/Aeromech APP 35 dan 36 Siri 11/17 disandang oleh LU I Roslan bin Daud. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah ITAS, Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM, pegawai-pegawai, jurulatih ITAS dan waris pelatih.