Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0040DSC 0045DSC 0080DSC 0093DSC 0115

INSMAT, 7 Jan 19 - Majlis pemakaian pangkat anggota lain-lain pangkat INSMAT TUDM Kinrara dan taklimat tatacara pemotongan rambut, jambang dan misai bagi pegawai dan anggota LLP TUDM telah berlangsung di Auditorium INSMAT.


Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM kepada tiga orang anggota dari Cawang Tadbir iaitu Kpl U Ahmad Shabry bin Jamaludin telah dinaikkan ke pangkat P/Sarjan Udara manakala LU Muhammad Faaiz bin Abd Raup dan LU Yunus bin Hussin telah dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan.


Pegawai Memerintah INSMAT, mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh Warga INSMAT. Diakhir majlis, taklimat berkaitan tatacara pemotongan rambut, jambang dan misai bagi pegawai dan anggota LLP TUDM telah disampaikan oleh Pegawai Waren INSMAT, PW U II Azrul Hisham bin Ahmad.