Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181103 WA0022IMG 20181103 WA0025IMG 20181103 WA0026IMG 20181103 WA0027IMG 20181103 WA0028IMG 20181103 WA0030IMG 20181103 WA0031IMG 20181103 WA0035IMG 20181103 WA0039

 

TANJUNG BUNGAH, 2 Nov 18 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) telah mengadakan Majlis Penutup Program Induksi Wisma Ahli Udara Siri 2/18. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSKEP Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan isteri Puan Noorhafiza binti Hj Zainol, Pegawai Penjaga Wisma Mej Abd Rahim bin Ahmad TUDM, Ajutan INSKEP Lt Amira Syahida binti Amir TUDM, Penasihat Wisma Ahli Udara PW U II Mohd Nazrin bin Mat Kamis, YDP Wisma Ahli Udara Kpl U Mohd Rizal bin Ismail, AJK Wisma Ahli Udara dan ahli - ahli Wisma Ahli Udara. Program yang telah dilaksanakan selama 14 hari telah melibatkan seramai 8 anggota. Sepanjang program dilaksanakan peserta induksi telah diberi tunjuk ajar berinteraksi dmengikut tatacara yang betul sebagai seorang anggota TUDM terlatih seperti etika wisma, adap sopan, protokol, hormat-menghormati, berbudi Bahasa, bertanggungjawab, kerjasama dan mematuhi arahan dari pihak atasan dan sanggup berkorban demi tugas. Mereka juga diberi pendedahan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti sihat, bersosial, etika di majlis-majlis menjadi pemarkahan anggota yang berwibawa dan dihormati oleh semua peringkat anggota.


Majlis Penutup Program Induksi Wisma Ahli Udara Siri 2/18 tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan juga dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan dan permainan dari peserta induksi dan juga ahli-ahli Wisma Ahli Udara.