Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 4260000 4353000 4368

000 4377000 4425000 4437

 

INSPRA, 2 Nov 18 - Majlis Penutup Kursus Air Surveillance Management Course (ASMC) Serial 59/18, Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Serial 45/18 dan Pemakaian Lencana Ketukangan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kol Zulkiffli bin Hj Musa TUDM bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat. Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM, Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt Kol Balakrishnan a/l Periannan TUDM, pegawai-pegawai dan para jurulatih.


Seramai 10 orang peserta kursus ASMC Serial 59/18 dan 18 orang peserta kursus BASOC Serial 45/18 telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Peserta Kursus Terbaik Praktikal, Terbaik Keseluruhan dan Penerima Anugerah Komandan di sandang ole LU II Pavitheran Nair a/l Raghavan dari perserta kursus BASOC Serial 45/18 dengan memperolehi markah keseluruhan 88.8%. Sementara LU II Noor Zazlinda bt Zakaria dari peserta kursus BASOC Serial 45/18 dianugerahkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Teori dan Sijil Kecemerlangan dengan memperolehi markah keseluruhan 87.3%. Kursus ASMC Serial 59/18 ini bermula pada 3 Sep 18 dan kursus BASOC Serial 45/18 pada 16 Jul 18.


Pihak INSPRA merakamkan ucapan tahniah dan syabas bagi peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus. Semoga ilmu yang dipelajari bermanfaat di unit kelak.