Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

KUALA LUMPUR, 9 Okt 18 – Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Angkat Sumpah Masuk Khidmat Pegawai Kerahan Sepenuh Masa bertempat di Bilik Mesyuarat Markas PSTU hari ini. Seramai enam Pegawai Sukarela PSSTUDM telah mengangkat sumpah masuk khidmat sebagai Pegawai Kerahan Sepenuh Masa iaitu Lt M Dzul Ikram bin Shamsudin TUDM, Lt M Mohamad Salehin bin Md Shaffi TUDM, Lt M Muhammad Fauzi bin Maideh TUDM, Lt M Nurul Farah Hanim binti Ahamad TUDM, Lt M Nur Hanani binti Othman TUDM dan Lt M Naimah binti Dun TUDM.

Pegawai Pengambilan Cawang Tenaga Kerja, Kapt Arrizal bin Zakaria TUDM selaku Pegawai Angkat Sumpah memulakan acara angkat sumpah disaksikan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan serta warga MPSTU. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah mengangkat sumpah.