TANJUNG BUNGAH, 18 Sep 18 - Majlis Makan Beradat Kursus Pegawai Skuadron Siri 90/18 telah diadakan di Hotel Berjaya Penang. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk meneruskan sifat rejimental dalam diri pegawai tentera dan juga meningkatkan nilai esprit de corp yang telah terjalin selama ini.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM dan isteri Puan Noor Hafiza binti Hj Zainol, Pegawai-Pegawai Kanan, Penuntut Kursus Pegawai Skuadron Siri 90/18 serta staf INSKEP bersama pasangan. Selain itu, Pegawai Memerintah INSKEP mengambil peluang memberikan cenderahati Jasamu Dikenang kepada pegawai yang akan bertukar keluar iaitu Kapt Shashi Kumar a/l Sandhakumarin TUDM bersama isteri Puan Laxmi Jik Raja a/p Rajasakaran dan juga menerima cenderahati dari penuntut kursus dari Brunei Darussalam dan Indonesia. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan jemputan khas Pancaragam Kolej Tentera Udara yang dipimpin oleh PW U I Mohd Irwan bin Asram.