Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0032 resizeDSC 0097 resizeDSC 0125 resizeDSC 0126 resizeDSC 0148 resizeDSC 0155 resize

DSC 0187 resizeDSC 0192 resize

 

ALOR SETAR, 21 Sep 18 - Majlis Penutup Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) Siri 81/18 dan Cabin Instructor Course AQM/Stewardess (CIC) Siri 05/18 telah diadakan bertempat di Dewan Taming Sari, INSPEN 1, Kolej Tentera Udara.

Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) telah melibatkan seramai 58 orang calon iaitu 37 orang calon daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), 14 orang calon daripada Pegawai Graduan dan 6 orang calon daripada lain-lain perkhidmatan di mana 3 orang calon daripada TLDM, 3 orang calon daripada TDM dan seorang calon daripada TNI-AU (Indonesia). Manakala peserta Cabin Instructor Course AQM/Stewardess (CIC) terdiri daripada 16 orang anggota dari lain-lain pangkat iaitu 14 orang anggota daripada TUDM dan 3 orang daripadanya ialah Pramugari dan 2 orang lagi anggota dari PUTD.

Bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan Kursus KIPA telah dianugerahkan kepada Lt M Ahmad Fadhlan bin A. Razak TUDM manakala bagi Anugerah Terbaik Keseluruhan Kursus bagi CIC telah dianugerahkan kepada Sjn U Agustinus Yahya.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM dan seterusnya merasmikan penutupan kursus KIPA Siri 81/18 dan CIC Siri 05/18.