IPOH, 21 Sep 18 - Aktiviti Hiking anjuran Kursus Jurulatih Jasmani Peningkatan Kelas 1 siri 1/18 dari SKN Jasmani dan Sukan ATU Ipoh telah diadakan di Bukit Batu Putih Gopeng, Ipoh Perak. Peserta yang terlibat adalah dari Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas 1 siri 3/18 seramai 47 orang dan Kursus Jurulatih Jasmani Peningkatan Kelas 1 Siri 1/18 seramai 14 orang. Tujuan aktiviti adalah untuk memberi pendedahan penganjuran aktiviti rekreasi kepada penuntut kursus Jurulatih Jasmani. Aktiviti riadah ini berjalan dengan lancar dan semua peserta selamat.