Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0338DSC 0340

 

INSMAT, 29 Ogos 18 – Majlis pembukaan bagi Kursus Pengurusan Pergerakan Udara Siri 57/2018 telah berlangsung di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 5 pelatih Pegawai dan 17 pelatih Lain-lain Pangkat dan julungkali kursus ini telah dihadiri oleh 3 pelatih dari Luar Negara iaitu dari Royal Australia Airforce, Bangladesh Airforce dan Tentera Udara Diraja Brunei.
Dalam ucapan beliau mengingatkan supaya pelatih-pelatih dapat menjaga imej TUDM dengan baik, menimba ilmu bagi meningkatkan diri, menjadi warga yang berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai nilai peribadi yang baik. Beliau juga mengingatkan supaya mematuhi peraturan INSMAT supaya tidak menjejaskan kursus yang dihadiri.