Kemaskini Terakhir: Selasa,11 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0498DSC 0505DSC 0509DSC 0543DSC 0545

 

SUBANG, 6 Sep 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 225/18 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Dato' Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai dan jurulatih INSTAR.
Seramai 120 orang pelatih daripada pelbagai Tred telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pemangku Sarjan Udara. Kursus Penyelia Kanan Siri 225/18 bermula pada 6 Ogos 18 dan tamat pada 7 Sep 18.