Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0060 DSC 0065DSC 0089

 

SUBANG, 14 Ogos 18 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 45/18 telah diadakan di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) oleh Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM pegawai dan jurulatih INSTAR.
Kursus ini telah dihadiri seramai 55 anggota daripada pelbagai Ketukangan di dalam TUDM berpangkat Flait Sarjan yang terdiri daripada 51 pelatih lelaki dan 4 pelatih wanita. Kursus ini bermula pada 13 Ogos 18 dan akan tamat pada 21 Sep 18.