Kemaskini Terakhir: Sabtu,15 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0025DSC 0032DSC 0081DSC 0093DSC 0103DSC 0109DSC 0118DSC 0171DSC 0197

 

ALOR SETAR, 9 Ogos 18 - Majlis Penutup Kejohanan Silat Antara Pangkalan TUDM Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Banquet OMQ, Kolej Tentera Udara. Kejohanan tersebut telah berlangsung selama seminggu bermula dari 6 Ogos 18 sehingga 9 Ogos 18. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Pertandingan Aksi dan Pertunjukan Solo Kreatif.
Bagi pemenang pingat emas untuk kategori Pertandingan Aksi Kelas A telah dimenangi oleh LUK Muhammad Hafizuddin bin Hashim dari Rejimen TUDM manakala Kelas B telah dimenangi oleh Kpl U Alnazirul bin Mohd Zulkifli dari PU Gong Kedak. Seterusnya acara Kelas C telah dimenangi oleh Kpl U Mohd Yusuf bin Muhammad Nawawi dari Rejimen TUDM dan Kelas D telah dimenangi oleh LU I Ahmad Fahmi bin Kamaluddin dari PU Kuantan. Untuk kategori Pertunjukan Solo Kreatif pula, pingat emas telah dimenangi oleh LU I Yasir bin Borhan dari PU Kuching.
Penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang kategori masing-masing telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM dan diiringi oleh Pegawai Laksana Kolej Tentera Udara, Lt Kol Roslan bin Salam TUDM.
Untuk pengetahuan, atlit-atlit yang terpilih akan mewakili TUDM dalam Pertandingan Pencak Silat Antara Perkhidmatan yang akan berlangsung pada 01 hingga 05 Oktober 2018 di TUDM Lumut akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlit-atlit yang telah terpilih.