Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Apr 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IPOH, 7 April 14 – Institut Latihan Tentera Udara (ITU) telah menerima lawatan daripada delegasi Tentera Udara Filiphina seramai lapan orang pegawai yang diketuai oleh Mejor Susan T Rodolfo PAF  pada 7 April 14. Kehadiran delegasi tersebut telah disambut oleh  Komandan ITU, Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Wakil Ketua Staf MPLU, Lt Kol Saharuddin bin Mansor TUDM serta pegawai-pegawai ITU. 

Dalam lawatan tersebut, delegasi telah dibawa melawat ke Kampung Survival serta diberi penerangan oleh Jurulatih terlibat. Lawatan ini telah berjaya mewujudkan keakraban antara pegawai-pegawai Tentera Udara Philipina dan pegawai-pegawai ITU khasnya dan TUDM amnya.

Lawatan telah diakhiri dengan acara bergambar oleh kedua-dua pasukan dan bertukar cenderahati oleh Komandan ITU  dengan Ketua Delegasi PAF.