Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0170DSC 0181DSC 0208DSC 0228DSC 0250DSC 0253

IPOH, 8 Jun 18 - Akademi Tentera Udara (ATU) bersama BAKAT ATU serta KOMATRA telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan dapur kepada empat keluarga termiskin di sekitar Stesyen 18, Lahad Ipoh.

Seramai 5 orang pegawai dan anggota dan 7 ahli BAKAT bersama Komandan ATU serta isteri telah melawat kesemua 4 keluarga tersebut untuk menyampaikan sumbangan. Antara keluarga yang menerima sumbangan adalah keluarga Mohd Aduha bin Syed Omar, Nor Kamaran bin Rasiman, Yahya bin Yaakop, dan Abdul Talib bin Abdul Manap.

Ahli keluarga yang menerima sumbangan ini meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan ahli keluarga tersebut dalam persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kunjung tiba tidak lama lagi. Diharap sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengukir senyuman dikalangan ahli keluarga yang hidup dalam kedaifan ini.