Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0034DSC 0038DSC 0046

 

ALOR SETAR, 4 Jun 18 - Majlis pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) Siri 81/18 telah diadakan di Dewan Taming Sari, INSPEN 1, Kolej Tentera Udara. Kursus ini telah melibatkan seramai 58 orang calon iaitu 37 orang calon daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), 14 orang calon daripada Pegawai Graduan dan 6 orang calon daripada lain-lain perkhidmatan di mana 3 orang calon daripada TLDM, 3 orang calon daripada TDM dan seorang calon daripada TNI-AU (Indonesia).

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM dan diiring oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Bgd Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM, Let Kol Nav Sani Salman, mewakili TNI-AU (Indonesia), Kol Hj Ghazali bin Yayah TUDM, Pegawai Memerintah INSPEN 1 serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Majlis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM.