Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180517 WA0011IMG 20180517 WA0013IMG 20180517 WA0015IMG 20180517 WA0014IMG 20180517 WA0012

 

IPOH, 16 Mei 18 - Akademi Tentera Udara, Ipoh  selaku tuan rumah telah menganjurkan Kejohanan Taekwondo antara Pangkalan TUDM bagi tahun 2018. Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan Rajawali ATU Ipoh bermula 14 hingga 16 Mei 18. Seramai 55 anggota dari beberapa Pangkalan Udara telah menyertai kejohanan ini iaitu Kolej Tentera Udara, Akademi Tentera Udara, gabungan PU Butterworth dan INSKEP, PU Kuala Lumpur, gabungan PU Subang dan INSMAT, PU Kuantan, dan PU Kuching.

LU I Mohammad Ebby Izham bin Kamarudin dari ATU Ipoh telah dipilih sebagai pemain terbaik manakala ATU Ipoh telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan untuk Kejohanan Taekwondo Antara Pangkalan TUDM Bagi Tahun 2018.