Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0038 1DSC 0042DSC 0044

 

ALOR SETAR, 15 Mei 18 - Perbarisan Pegawai Memerintah ILIT telah dilaksanakan di hadapan bangunan Pergerakan Udara, Kolej Tentera Udara. Perbarisan tersebut diketuai oleh Mej Ilham Roshandy bin Azwir Zulfian TUDM bersama 19 pegawai pelatih Kursus Jurulatih Penerbangan (FIC) Siri 56/18 dan 11 orang staf ILIT.

Pada perbarisan tersebut, Pegawai Memerintah ILIT, Lt Kol Muhammad Amir bin Abdullah TUDM telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga ILIT kerana memberikan komitmen yang begitu tinggi demi mengekalkan piawaian jurulatih terbang yang telah ditetapkan oleh TUDM. Dikesempatan itu juga Pegawai Memerintah ILIT turut mengucapkan tahniah kepada semua pelatih FIC kerana telah berjaya menamatkan fasa kajian bawah.

Beliau turut merasa bangga dengan pencapaian gabungan ILIT/Materiel dari segi sukan di mana gabungan ini telah berjaya merangkul johan dan naib johan di peringkat Inter-Seksyen Kolej. Beliau juga berterima kasih kepada warga ILIT kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di dalam PRU 14 baru-baru ini.