Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC07243DSC07260DSC07441DSC07444DSC07449DSC07465

SUBANG, 8 Mei 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I (Band 5) Siri 63/18 dan Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I (Band 3) Siri 67/18 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 28 orang pelatih Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I (Band 5) Siri 63/18 telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang bermula pada 9 Jan 18 dan tamat pada 8 Mei 18. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan anggota-anggota daripada Ketukangan Pembantu Pentadbiran yang berupaya serta berkebolehan untuk melaksanakan tugas dan bertanggungjawab sebagai Ketua Kerani di pangkalan serta unit kelak. Manakala bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I (Band 3) Siri 67/18 telah dihadiri seramai 38 orang pelatih dan hanya 37 pelatih telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang bermula pada 15 Jan 18 dan tamat pada 11 Mei 18.

Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I (Band 5) Siri 63/18 telah disandang oleh Sjn U Mohd Iskandarshah bin Che Rus daripada No 7 Skuadron Pangkalan Udara Kuching, Manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh Sjn U (W) Aznieda binti Mat Saud daripada Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I (Band 3) Siri 67/18 Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh LU I (W) Nasrina Amira binti Azman daripada Markas Pemerintahan Operasi Udara dan Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh LU I Muhammad Safwan bin Mohd Shokri daripada Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).