Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC07078DSC07135DSC07149DSC07151DSC07056

SUBANG, 8 Mei 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 223/18 telah disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 120 orang pelatih daripada pelbagai ketukangan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pemangku Sarjan Udara. Kursus Penyelia Kanan Siri 223/18 bermula pada 9 Apr 18 dan tamat pada 8 Mei 18.