Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 04 29 at 19.56.24WhatsApp Image 2018 04 28 at 08.33.52WhatsApp Image 2018 04 28 at 08.34.54

IPOH, 29 Apr 18 – Persatuan Memanah TUDM dari Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Klinik Memanah 2018 di Akademi Tentera Udara dari 28 hingga 29 Apr 18 terhadap Perajurit-Perajurit Muda Lelaki dan Perempuan yang kini sedang menjalani latihan asas ketenteraan.

Objektif utama Program Klinik Memanah 2018 diadakan di ATU, Ipoh adalah ingin mencari pelapis-pelapis baru di kalangan Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki dan Wanita supaya Persatuan Memanah TUDM dapat melaksanakan Talent Scouting serta dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada mereka dan mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan membanggakan ATM amnya dan TUDM khasnya.

WhatsApp Image 2018 04 28 at 08.45.08WhatsApp Image 2018 04 28 at 08.45.41WhatsApp Image 2018 04 29 at 22.38.06

Program Klinik ini diketuai oleh Mej Mohd Akmal bin Mohd Shukri TUDM, selaku Penolong Setiausaha Persatuan Memanah TUDM dan dibantu oleh Mej Yuhaizam bin Yahya TUDM, selaku Pengurus Pasukan Persatuan Memanah TUDM serta dua jurulatih memanah TUDM iaitu Sjn U Ahmad Suza bin Abd Razak, selaku jurulatih Recurve dan Sjn U Mohd Shariff Bin Shamsuri, selaku jurulatih Compound bersama-sama dengan sembilan atlet memanah TUDM.

Program Klinik ini telah dilaksanakan di Padang Bola Sepak ATU, Ipoh dan seramai 32 Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki dan Wanita telah mengikut program ini selama dua hari dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

WhatsApp Image 2018 04 29 at 22.38.51WhatsApp Image 2018 04 29 at 22.39.15WhatsApp Image 2018 04 29 at 22.41.29

Persatuan Memanah TUDM telah memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki dan Wanita tersebut mengenai asas memanah, cara-cara memanah serta taklimat keselamatan memanah dengan menggunakan Basic Wooden Recurve Bow dan Basic Compound Bow. Semua Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki dan Wanita telah memberikan tumpuan dan minat yang amat memberangsangkan dalam mempelajari bidang sukan ini kerana sukan ini memerlukan tahap konsentrasi dan fizikal yang kuat.

Persatuan Memanah TUDM berharap Perajurit Muda Tentera Udara Lelaki dan Wanita yang telah mengikuti program klinik memanah selama dua hari ini dapat membantu pihak TUDM dalam mencapai objektif yang telah disasarkan oleh LSTUDM dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada TUDM dalam mendukung TUDM ke arah mencapai aspirasi yang telah ditetapkan dan menjadi juara untuk Kejohanan Memanah Antara Perkhidmatan ATM 2018 dan seterusnya.