Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0011DSC 0011 2DSC 0014DSC 0021DSC 0025

 

ALOR SETAR,11 Apr 18 - Majlis makan malam bersama YBhg Lt Jen Tan Sri Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM (Bersara) telah diadakan di Wisma Perwira Kolej Tentera Udara. Majlis ini melibatkan semua peringkat pegawai dan Pegawai-pegawai Kadet Kolej. Turut sama hadir, Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.

Selesai majlis makan malam, semua hadirin telah dijemput ke Ante Room Wisma Perwira untuk satu majils Dinner Talk yang disampaikan oleh YBhg Lt Jen Tan Sri Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM (Bersara). Sebagai tanda kenangan di akhir majlis, penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara kepada YBhg Lt Jen Tan Sri Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM (Bersara).