Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0029 resizeDSC 2239 resizeDSC 0011 resizeDSC 0069 resizeDSC 0020 resizeDSC 0030 resizeDSC 0094 resizeDSC 0092 resizeDSC 0067 resize

 

ALOR SETAR, 5 Apr 18 - Institut Latihan Kolej Kejururawatan Malaysia (ILKKM) telah mengadakan lawatan ke Kolej Tentera Udara. Lawatan ini merupakan satu Program Komuniti Cara Hidup Sihat dan juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama warga Kolej tentera Udara.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan adalah Senam Seni pada sebelah pagi diikuti program Safety Tools Down Day, lawatan pameran pesawat EC 120 B dan PC 7 MK II. Acara sukan juga telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej iaitu pertandingan futsal, bola jaring dan bola tampar diantara ILKKM dan Kolej Tentera Udara. Selain itu, pertandingan menu sihat dan pemeriksaan kesihatan juga telah diadakan bertempat di Dewan Banquet, OMQ.
Pada sebelah petang, anggota-anggota dari semua peringkat pegawai dan lain-lain pangkat serta pelatih-pelatih dari ILKKM telah berkumpul di Dewan Perperiksaan ITAS bagi sesi ceramah berkaitan Pengambilan Diet Seimbang dan Keselamatan Tempat Kerja yang disampaikan oleh Staf ILKKM.
Diakhir majlis, upacara penyampaian hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM dan seterusnya merasmikan upacara penutup Program Komuniti Cara Hidup Sihat pada hari tersebut.