Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180403 231605 255IMG 20180403 231543 479

IMG 20180403 231556 112IMG 20180403 231548 060

IPOH, 3 Apr 18 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Akademi Tentera Udara (ATU). Antara aturcara program bagi lawatan kerja PPLU adalah taklimat ringkas berkenaan ATU, lawatan ke Skuadron Latihan Perajurit Muda, lawatan di Kampung Survival, demonstrasi Flying Fox di Menara 5 dalam 1, serta latihan menembak di Lapang Sasar 25 meter.

Semasa sesi dialog dan ramah mesra bersama semua Pegawai, staf dan pelatih, PPLU telah menyampaikan amanat Pemerintahan Tertinggi TUDM berkenaan nilai teras TUDM dan teras utama Rancangan Transformasi Negara 2050 (TN50) Kementerian Pertahanan. Antara perkara yang dititikberatkan dalam TN50 tersebut adalah Teras Kebajikan yang menggariskan beberapa inisiatif yang disediakan untuk setiap anggota TUDM seperti SASaR, SAVe, Persaraan Wajib 26 tahun, Celcom 33, TN50D, serta Pelaburan ASB Muammalat.