Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 ZAM2779 ZAM2788 ZAM2800 ZAM2807 ZAM2826 ZAM2833

KINRARA, 7 Mac 18 – Majlis pembukaan Kursus Pegawai Penguji Pemandu dan Operator Siri 14/2018 dan Kursus Jurulatih Memandu Siri 27/2018 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM di auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara.

Dalam ucapan beliau mengingatkan agar sentiasa berusaha dengan gigih di dalam menuntut ilmu pengetahuan bagi meningkatkan keupayaan diri agar menjadi warga Materiel yang sentiasa berketerampilan, berkemahiran tinggi, mempunyai nilai peribadi yang mulia disamping menghayati dan mengamalkan 5 nilai teras utama TUDM demi mencapai Misi dan Visi TUDM.

Dalam majlis yang sama, Pegawai Memerintah INSMAT turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada anggota INSMAT dan pelatih iaitu LtM Asrif bin Mohd Ridzwan TUDM yang dinaikkan ke pangkat Lt TUDM dan Kpl U Mohamad Amirol bin Azmi ke pangkat Pemangku Sarjan Udara .

Majlis diakhiri dengan upacara penyerahan kutipan tabung derma kilat kepada LU II Muhammad Fadzlie bin Tumin, pelatih Kursus Asas Materiel yang kehilangan Ibu, Jahara bt Hamdani akibat Kanser Kulit tahap 4.